Wednesday, January 7, 2009

sinus

gejala selsema seperti hidung tersumbat, sakit pada pipi serta kekerapan bersin terutama pada waktu pagi mmg merimaskan. lbih xslesa apabila muka terasa gatal seperti ada bende merayap. rasa kurng selesa smakin btambah bile dlm tekak dpenuhi dgn kahak. jika anda mempunyai simptom seperti itu ia menandakan anda mungkin mengalami masalah sinusitis. Sinusitis ialah keradangan pada lapisan mambran dalam mana2 ruang sinus. sinusitif juga membuatkan kita menjadi sangat sensitif terhadap ape2 yg boleh menyebabkan alahan, termasuk perubahan cuaca(sejuk), pencemaran alam sekitar dan jangkitan bakteria..
pada tulang tengkorak kita ada beberapa lubang berisi udara dan diselaputi mukus serta membuka kedalam kaviti (ruang) hidung. ruang ini dipanggil sinus. sinus ialah masalah yg sangat lazim di seluruh dunia. jika dibuat imbasan pada 10 org normal, 80% didapati akan mengalami masalah sinusitis ringan yg tidak perlu apa2 rawatan. antara punca sinus adalah jangkitan bakteria dan dianggarkan 85% kes sinusitis berpunca daripada selsema biasa yg tidak dirawat dan berlanjutan lama. ini bmakne seseorang individu itu mengalami jangkitan bakteria skunder yg berlaku ketika selsema..
selain itu, ia juga berpunca akibat daripada perubahan cuaca sejuk, jangkitan fungus, masalah sistem imun seperti yg dialami penghidap HIV dan pesakit kanser yg menjalani rwatan kemoterapi. tidak kurng juga jangkitan pada gigi disamping jangkitan yg berlaku ketika berenang atau menyelam dalam air yg tercemar dan masuk ke ruang sinus. mereka yg mempunyai asma, mengalami ketumbuhan (polip) dalam hidung, alahan pd habuk dan debunga dan ada masalah yg membabitkan aliran mukus (lendir) dalam sistem pernafasan sperti sista fibrosis adalah lebih mudah menghidap sinus.
Jika keradangan sinus tidak mendatangkan masalah, anda tidak perlu mndapatkn rawatan. ramai orang ada dalam kategori ini. bgaimanapun, jika sinusitis ini mula menyebabkan gangguan pada kesihatan seperti demam, sakit kepala dan leher, muka sakit dan bengkak, anda disaran berjumpa doktor. jika didapati sinusitis anda teruk, usah biarkan ia berlanjutan kerana melengahkan rawatan boleh menyebabkan masalah anda bertambah buruk. jangkitan bakteria perlu dihapuskan kerana ia boleh memasuki aliran darah dan mengakibatkan keracunan menyebabkan seluruh badan terasa sakit..
didapati daripada- berita harian Sabtu 3 januari 2009
saje2 je tulis balik sbb nk share dgn smue org.. n aku pn ade pnyakit sinus nie tp xar serious mane.. hehe..

1 comments:

Anonymous said...

Aku lagilah.. Akupun rasa aku ada penyakit ni, hehehe..